PANDUAN MEMBELI PENCETAK(PRINTER)

Pencetak digunakan untuk mencetak dokumen salinan keras(hard copy) seperti output cetakan.

Terdapat dua cara untuk membuat imej di kertas iaitu :

1) Kaedah impak (impact) - menggunakan pukulan (impak) kepada ribon untuk menghasilkan cetakan seperti mesin taip.

2) Kaedah bukan impak (nonimpact) - tidak menggunakan impak untuk menghasilkan cetakan. Pencetak jenis ini disebut pencetak bukan impak.

Contoh pencetak impak

Tiga jenis pencetak baris :

pencetak band (band printer), pencetak rantaian (chain printer), pencetak drum (drum printer)

Contoh pencetak bukan impak

Kebaikan dan keburukan pencetak impak dan bukan impak

Pencetak impak

Pencetak bukan impak

Jika anda merancang untuk membeli pencetak (printer) ciri- ciri yang perlu anda imbangkan ialah :

1) Kelajuan mencetak data iaitu berapa banyak halaman pada suatu masa (page-per-minute).

2) Kualiti mencetak adalah beresolusi tinggi dari segi imej atau output.

3) Boleh menggunakan pelbagai jenis kertas (versatile paper handling) dari segi saiz dan jenis seperti kertas A4, transparencies, kad dan sebagainya.

4) Pencetak berwarna dan robust (boleh menyokong jumlah pengguna network yang tinggi tanpa mengalami kerosakan).

5) Jaminan terhadap pencetak (warranty) sekurang- kurangnya 3 tahun.