MEMBINA ALAMAT INTERNET PROTOKOL ( IP ADDRESS)

Sebelum membina IP Address, pastikan anda mempunyai pengawal kad Network (Network Controller Card).

Langkah-langkah berikut :

1) Pasang suis komputer anda.

2) Pergi ke Start, Setting, Control Panel, kemudian klik.

Anda akan mendapat menu Control Panel.

3) Klik dua kali Network. Network menu akan terpapar di skrin anda.Terdapat tiga ruang iaitu Configuration, Identification, Access Control.

4) Pilih Configuration .Pastikan isi kandungan Network komponen telah diisi.

5) Pergi ke Add dan klik.

6) Menu "Select Network Component Type" akan kelihatan.Pilih Protocol dan klik dua kali.

7) Anda akan mendapat menu "Select Network Protocol" . Terdapat dua ruang di menu tersebut iaitu Manufacturers dan Network Protocols. Pada Manufacturers pilih Microsoft dan di Network Protocols pilih TCP/IP.

8) Klik OK. Anda akan mendapat menu Network semula. Pilih TCP/IP di Network komponen. Klik Properties.

9) Menu "TCP/IP Properties" akan kelihatan. Terdapat enam ruang iaitu Bindings,Advanced,DNS Configuration, Gateway, WINS Configuration dan IP Address.

10) Klik ruang IP Address,Specify an IP Address, kemudian taip IP Address PC anda , sila rujuk kepada Pusat Komputer untuk mengetahui IP Address anda.

11) Pilih DNS Configuration dan klik Enable DNS. Taip nama Host dan Domain. Anda boleh memberi sebarang nama pada Host.

Contoh :

Host : Pelatih

Domain : pksun5.medic.ukm.my

12) Pada "DNS Server Search Order" taip alamat server anda (server address).

Contoh : 161.142.92.1

13) Pilih ruang Gateway. Taip alamat Gateway

Contoh :

New Gateway : 161.141.92.2

Kemudian klik ADD dan OK.

14) Pilih Ruang Identification di menu Network.Taip nama komputer,workgroup dan Computer Description.

15) Pilih ruang Access Control di menu Network.Klik Share-level Access Control dan OK.

16) Reboot komputer anda.

Sila rujuk pada Pengujian IP Address